Mencari sahabat ibarat mencari sebutir permata di dlm jutaan kaca

Mencari sahabat ibarat mencari sebutir permata di dlm jutaan kaca

Sunday, February 13, 2011

FITNAH DAJJAL LAKNATULLAH : PERANG DEMI PERANG

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

melalui kajian yang dilakukan dan akan membongkar pembohongan demi pembohongan yang telah disogok Yahudi kepada kita semua supaya kita semua percaya. Maka dalam penulisan kali ini InsyaAllah kita akan membincangkan sebahagian apa yang saya tahu dengan anda semua. Supaya saya dan anda semua sedar bahawa selama kita hidup ini kita semuanya telah, sedang dan akan terus ditipu dengan pembohongan yang diatur sempurna. Saya juga mengharapkan saudara dan saudari dapat memberi teguran, komen dan pendapat jika ada kesilapan atau kekurangan dalam mana-mana penulisan saya ini. Semoga dengannya kita dapat lebih memperbaiki diri kita semua. InsyaAllah.


Teori Evolusi.

Apa yang anda belajar di sekolah dulu? Apa yang anda faham? Pernahkah kita belajar atau dengar mengenai teori ini? Ya. Sudah pasti pernah bukan? Percayakah anda dengan teori ini? Percaya? Anda berjaya ditipu Yahudi. Tak percaya? Anda selamat.

Apa dia teori evolusi ini? Teori ini menerangkan kepada umat manusia tentang asal usul kejadian semua makhluk di muka bumi ini. Bagaimana? Di sini saya terangkan serba sedikit tentang teori syirik ini dalam bahasa yang mudah. Diceritakan bahawa setelah berlakunya peristiwa Big Bang maka berseraklah zarah-zarah habuk di sekitar alam semesta. Dalam masa berbilion tahun kemudian zarah-zarah tadi mula menarik dan mendekati antara satu sama lain kerana terdapat daya graviti antaranya. Maka zarah-zarah yang mendekati tadi mula bergabung dan membentuk bintang-bintang. Bintang terhasil apabila zarah-zarah helium, nitrogen dan lain-lain lagi mula bergabung, berlanggar dan berserakan antara satu sama lain tetapi masih terikat dengan tarikan graviti teras bintang tersebut. Tarikan graviti antara bintang-bintang tadi pula menyebabkan sebahagian bintang kekal dalam kelompok tertentu. Jumlah berbilion-bilion bintang ini yang terikat dalam kelompok besar tertentu dipanggil galaksi. Jumlah bertrilion-trilion galaksi pula dipanggil alam semesta.

Maka bintang ini ada juga had umurnya. Ada bintang kerdil, bintang super dan sebagainya. Apabila pembakaran sampai pada tahap tertentu bintang-bintang tadi mulai mati. Tarikan atom-atom atau zarah-zarah yang membentuk bintang mulai lemah maka bintang tadi semakin mengembang dan terus mengembang. Dan apabila sampai pada tahap tertentu bintang tadi meletup atau mati. Letupan ini dipanggil letupan sipernova. Letupan yang skalanya lebih kecil dari letupan Big Bang yang mencipta alam semesta di awal tadi. Letupan tadi juga menyebarkan zarah-zarah kecil yang ada antaranya membentuk bintang kerdil mati atau lohong hitam dan ada juga yang membentuk bintang lain tapi bersaiz lebih kecil.

Letupan Big Bang juga membentuk planet-planet yang lebih muda dari bintang-bintang. Ada planet yang terbina dari gas. Dan ada yang terbina dari batuan. Dalam sistem suria terdapat sembilan planet yang diketahui. Dan baru-baru ini, pakar astronomi telah menjumpai planet yang kesepuluh. Planet yang sembilan yang dibina dari gas adalah Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune. Planet-planet yang terbina dari batuan pula adalah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh dan Pluto. Dan ada juga serpihan Big Bang tadi yang tidak membentuk planet tetapi kekal dalam serpihan-serpihan tertentu yang ada antaranya bersaiz satu persepuluh jisim bulan yang dipanggil asteroid. Planet-planet tadi termasuk asteroid beredar di orbit masing-masing hasil daya tarikan graviti matahari, bintang sistem suria kita.

Bumi di usia mudanya adalah planet yang tidak stabil. Terasnya masih membakar. Lapisan luarnya pula masih dalam keadaan batuan cair menggelegak. Setelah melalui proses berbilion tahun maka permukaan luar bumi mula sejuk dan mengeras kemudian dipanggil kerak bumi. Tetapi masih tiada satu hidupan pun wujud termasuk kewujudan air. Jadi bagaimana hidupan bermula? Di sinilah bermulanya teori evolusi Charles Darwin yang kemudiannya dikembangkan manusia kufur selepasnya.

Ketika bumi mulai menyejuk dan mulai stabil, bumi saat itu sering terdedah kepada ancaman luar. Ancaman hentaman daripada asteroid-asteroid dan komet-komet. Asteroid-asteroid inilah yang dipercayai membawa organisma-organisma yang menghasilkan kehidupan di bumi. Organisma-organisma ini mula bertapak dan menyesuaikan diri dengan keadaan bumi. Maka organisma-organisma ini mula berevolusi menghasilkan makhluk yang lebih kompleks. Maka terhasillah hidupan seperti tumbuhan dan haiwan. Maka haiwan dan tumbuhan terus-terusan berevolusi dari satu tahap ke satu tahap yang lebih kompleks supaya mereka dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan persekitaran mereka. Sehingga sampai satu tahap yang tidak memerlukan ciri-ciri penyesuaian baru maka haiwan dan tumbuhan tadi berhenti berevolusi.

Hidupan didakwa tidak hanya berasal dari asteroid tetapi juga didakwa berasal dari komet. Komet-komet lebih menjurus kepada asal-usul kewujudan air di bumi. Kita semua sedia maklum bahawa komet dibina daripada ais. Asal ais adalah air. Maka komet-komet yang menghentam bumi berbilion tahun dahulu mula membentuk lautan di bumi. Dan proses hujan yang terjadi kemudiannya mula membentuk sungai-sungai. Komet-komet juga membawa bersama organisma seni yang kemudiannya membentuk hidupan di bumi.

Teori ini berterusan menipu dan memalsukan kita apabila kewujudan manusia mula dibincangkan. Antara haiwan yang berevolusi adalah mawas. Dari keluarga mawas ini setelah melalui peringkat-peringkat evolusi yang kompleks maka terhasillah spesies baru mawas. Antaranya adalah mawas, monyet, kera, babun, orang utan dan sub-sub spesies monyet yang lain. Antara yang paling menarik adalah apabila evolusi spesies mawas inilah yang mencipta keturunan manusia. Asalnya manusia didakwa terbahagi kepada dua sub spesies. Satu spesies manusia lain telah pupus ratusan ribu tahun dahulu. Yang tinggal hanyalah sub-spesies yang sekarang dikenali sebagai homosapiens. Dari mawas yang tidak berakal kita digambarkan mula berevolusi menjadi manusia yang berakal dan berjaya menguasai bumi. Teori ini hanya berakhir di sini. Tidak lagi kedengaran mana-mana hidupan lain yang mampu berevolusi untuk menandingi kecerdikan manusia menguasai bumi.

Persoalan adalah logikkah hanya spesies mawas saja yang mampu berevolusi untuk menghasilkan spesies yang cerdik seperti manusia? Kenapa mesti mawas? Adakah kerana hanya disebabkan gen mereka hampir sama dengan gen manusia lalu mereka mendakwa kita berasal dari keluarga mawas? Kenapa hanya keluarga mawas saja yang mampu menghasilkan spesies evolusi secerdik manusia? Ikan lumba-lumba, paus pembunuh, tikus, singa dan sebagainya juga cerdik. Kita ambil contoh strategi yang haiwan-haiwan ini atur ketika mereka memburu. Tidak mustahil juga mereka mampu lagi berevolusi untuk mengembangkan lagi spesies mereka demi menghasilkan spesies yang lebih berakal dan kompleks dari induk mereka. Malah mungkin spesies-spesies baru evolusi ini mampu menghasilkan spesies yang lebih cerdik, pintar dan berakal dan mampu menyaingi manusia tetapi mungkin kita kenali mereka dengan nama lain selain manusia. Segalanya mungkin kalau kita ambil hakikat teori evolusi itu. Kenapa hanya manusia saja yang bernasib baik dalam proses evolusi ini?

Mereka ada jawapan. Tetapi jawapan demi jawapan tadi hanya akan meyebabkan kita makin jauh menyimpang dari hakikat kejadian manusia. Persoalan juga di sini adalah dari mana pula asal usul organisma-organisma yang membentuk hidupan tadi? Bagaimana mereka tercipta? Adakah melalui evolusi juga? Organisma-organisma ini berevolusi dari apa? Perlu ditanya juga kepada mereka yang mendokong teori ini, apa pula yang menyebabkan peristiwa Big Bang tadi. Apakah hakikat sebenar peristiwa tu? Tentu mereka tidak ada jawapan. Jawapan yang mereka mampu bagi mungkin peristiwa tu masih tak dapat nak dihuraikan lagi. Mereka akan mencipta pelbagai alasan asalkan segala yang berlaku tidak akan dikaitkan dengan hakikat sebenar iaitu ada Pencipta disebalik semua penciptaan ini.

Islam mengajar kita bahawa memang berlaku peristiwa Big Bang tadi. Al-Quran menceritakan segalanya. Allah SWT menceritakan wujudnya bintang, planet, nebula, komet dan asteroid dan bermacam lagi penciptaan di langit. Semua ilmu-ilmu berkaitan astronomi ini sebenarnya Yahudi dan konco-konconya kutip dari al-Quran kemudian mereka menokok tambah supaya menyimpang dari hakikat sebenar. Bukan mereka tak pernah berbuat begitu. Ambil saja contoh bagaimana mereka memesongkan kitab Taurat dan Injil. Kalau Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada mereka pun berani mereka ubah apalah sangat nak dibandingkan dengan ilmu yang kita memang tidak punya kepakaran mengenainya. Allah SWT menceritakan bahawa dunia ini dicipta dalam tujuh hari. Tujuh hari itu mungkin tujuh hari perkiraan manusia atau mungkin juga tujuh hari perkiraan penduduk langit. Lazim mengetahui bahawa satu hari penduduk langit bersamaan satu ribu tahun perkiraan penduduk bumi. Allah SWT membentangkan air dengan hamparan yang luas. Maka semua hidupan telah dicipta Allah SWT berasakan air. Itu hakikat sebenar kejadian alam. Kita boleh kaji dalam al-Quran kalau nak jawapan yang lebih jelas. Segalanya berada dalam Ilmu Allah SWT. Apa-apa saja yang Allah SWT inginkan Dia hanya perlu berfirman jadilah. Maka jadilah sepertimana kehendakNya. Manusia tidak dapat mempertikai hakikat Ilmu Allah SWT ini kerana akal fikiran dan ilmu kita tak dapat menjangkaunya.

Allah SWT menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah SWT meninggikan taraf kita melebihi makhluk lain dengan kurniaan akal. Adakah anda secara peribadi mahu mengaku bahawa anda berasal dari mawas, monyet atau kera? Hinanya taraf kita jika kita sanggup menerima teori ini. Penerimaan teori ini juga bermakna kita menghina Nabi Allah Adam a.s. kerana bagindalah manusia pertama ciptaan Allah SWT. Atau adakah kita sanggup meletakkan seorang Nabi Allah yang mulia dan suci setaraf dengan haiwan yang bernama mawas ini? Paling menghinakan adalah kita semua berasal darinya. Sanggupkah anda?

Jadi kenapa kita didedahkan kepada teori evolusi ini? Supaya kita menjadi manusia yang hanya menerima sesuatu perkara berasaskan logik dan melalui kaedah saintifik. Tanpa jawapan yang boleh diterima dengan akal dan logik maka mereka menolak mentah-mentah. Memang dalam Islam pun mengajar semua perkara melalui logik dan kaedah saintifik. Islamlah yang pertama-tama memperkenalkan konsep ini. Tetapi ada juga perkara-perkara yang tak dapat dijawab dengan logik akal manusia yang dangkal ini. Kalau semua kita nakkan jawapan dalam logik akal adakah kita dapat menjawab hakikat Zat Tuhan Yang Maha Agung? Allah SWT tidak beranak dan tidak diperanakkan. Bagaimana Allah SWT berdiri dengan sendirinya? Janganlah kita manusia mempersoalkan hakikat ini. Banyak antara kita tidak dapat menerima hakikat ini kerana tak mungkin sesuatu benda itu wujud dengan sendiri. Maka kerana perkara ini tak dapat dijelaskan dengan logik akal maka kita pun menolak kewujudan Allah SWT itu. Allah SWT itu  wujud. Dia tidak ada di langit atau di bumi. Tidak ada di mana-mana. Kerana Allah SWT tidak memerlukan tempat seperti makhluk-Nya. Di mana Allah SWT? Allah SWT saja Yang Maha Mengetahui. Mereka-mereka yang kufur memang menolak Allah SWT secara terang-terangan. Sebab mereka tak nampak di mana Allah SWT. Ingat balik Bani Israel pernah meminta kepada Nabi Allah Musa a.s. supaya Allah SWT menampakkan diri-Nya dihadapan mereka maka barulah mereka akan beriman. Hinggakan Allah SWT terpaksa mengangkat Gunung Thursina di atas mereka barulah mereka mengikat perjanjian dengan Allah SWT. Nampak perangai sombong Yahudi-Yahudi ini? Maka tak kisahlah kalau mereka mengajak kita semua supaya mempertikai hakikat sebenar bahawa semua yang ada di langit dan di bumi tak ada Pencitanya.

Kita ambil contoh lain. Siapa antara kita boleh menerangkan apa itu roh? Adakah roh itu adalah sebahagian dari kita atau kita adalah sebahagian dari roh? Adakah jasad itu yang memerlukan roh atau roh yang memerlukan jasad? Kalau roh itu wujud dalam diri kita di mana roh itu berada? Apa akan jadi kepada roh selepas roh berpisah dari jasad? Di mana roh ketika kita sedang tidur? Adakah semua ini dapat dijelaskan dengan logik akal dan kaedah saintifik? Saya cadangkan anda lihat satu rencana mengenai roh kajian saintis Barat, The Science of Soul. Anda lihat apa yang mereka temui dari kajian saintifik mereka ke atas roh.

Begitu juga dengan mukjizat-mukjizat kurniaan Allah SWT kepada para Rasul-Nya. Adakah golongan Yahudi menerimanya? Lihat kajian mereka mengenai mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Allah Musa a.s. melalui kaedah saintifik dan logik akal mereka. Apa yang berlaku mereka tetap menolak kerasulan Nabi Allah Musa a.s. Penolakan kerasulan Nabi Allah Musa a.s. memberi tanda jelas bahawa mereka menolak kewujudan Allah SWT itu sendiri. Begitu juga apabila baru-baru ini pihak NASA telah menjumpai tanda-tanda kerasulan Muhammad Rasulullah SAW tetapi dirahsiakan. Di mana? Di bulan. Mereka telah menemukan bahawa terdapat satu garis mengelilingi permukaan yang menunjukkan seolah-olah sebelum ini bulan pernah terbelah kepada dua bahagian. Anda ingat ketika mana peristiwa Rasulullah SAW membelah bulan dihadapan kaum kafir Quraisy?

Nampak tak? Melalui teori evolusi ini sebenarnya Yahudi sedang mengajar kita menolak kewujudan Pencipta. Mengajak kita untuk menolak hakikat kewujudan Allah SWT. Jadi adakah kita masih nak menerima teori evolusi ini? Kalau kita masih nak terima terpulanglah tapi saya takut-takut dengan kepercayaan yang bersungguh kita mengenai teori ini boleh menyebabkan kita menyimpang dari landasan Islam. Saya bimbang kalau-kalau akidah kita boleh lari akibat berpegang pada konsep kufur ini. Inilah jihad atau perang pertama kita. Jihad untuk mengenal siapa Pencipta kita. Inilah jihad yang paling utama. Carilah dan kenallah siapa Pencipta kita.



Hollywood.

Anda kenal atau pernah dengar tentang Hollywood? Ya. Sudah tentu pernah. Memang nama Hollywood ini tak dapat kita pisahkan sama seperti bila kita sebut pasal Steven Spielberg dan Michael Bay dengan filem Transformers. Tetapi anda tahu rahsia disebalik kewujudan Hollywood ini? Maka di sini saya tuliskan apa sebenarnya hakikat Hollywood ini.

Ianya dibina dari dua suku kata, ‘holly (holy)’ dan ‘wood’. Holy membawa makna suci dan wood pula adalah kayu. Jadi sekarang kita cantumkan. Maka terhasillah perkataan ‘kayu suci’. Anda tahu apa maksud kayu suci ini? Kayu ini adalah sejenis kayu atau tongkat magik yang digunakan untuk memukau manusia. Dalam erti kata lain Hollywood ditubuhkan bertujuan untuk memukau dan menguasai umat manusia. Anda masih ingat tulisan Penguasaan Minda saya yang lepas? Maka di sini saya tambahkan sedikit lagi buruknya kesan pengaruh Hollywood ini kepada kita.

Hollywood menjadikan kita terpesona dan terpukau dengan segala macam cerita dan filem yang dipaparkan kepada kita. Kita seolah-olah hanyut dibuai angan-angan. Dalam erti kata lain kita tak berpijak di bumi yang nyata. Sebab itu juga Hollywood digelar ‘Mesin Mimpi’. Kita dididik Hollywood supya kita sentiasa berada di alam mimpi dan fantasi. Kita diajar supaya mempercayai bahawa segalanya mungkin terjadi dan boleh terjadi walaupun kita secara sedarnya mengetahui perkara itu adalah tidak logik! Nampak tak bagaimana? Anda pernah merasa marah bila menonton filem mereka? Adakah anda pernah menangis menonton cerita mereka? Tentu pernah. Saya juga. Kerana apa? Kerana kita sedang mempercayai dengan apa yang dipertontonkan kepada kita. Semua aspek terutamanya menarik kepercayaan kita adalah penting dalam menguasai minda kita.

Segala cerita samada suka, sedih, tragis, seram dan sebagainya membuat kita semua lupa sebentar akan soal kehidupan sebenar kita dan persekitaran kita. Saya ambil contoh cerita perang. Banyak cerita perang yang dihasilkan dan kebanyakan darinya sudah kita tonton. Ada cerita Perang Dunia I dan II, Perang Vietnam dan Perang Teluk I dan II. Kenapa kita dipertontonkan filem-filem seumpama ini? Lihat kaitannya nanti.

Sama seperti filem-filem perang tadi, dalam pada masa sama  kita juga didedahkan dengan berita-berita tentang perang-perang di sekitar dunia dalam televisyen. Kita didedahkan tentang perang-perang saudara, Perang Menetang Keganasan tajaan Amerika, Perang Palestin-Israel dan sebagainnya. Tapi apa reaksi kebanyakan kita? Mula-mula memang kita marah dan geram tapi lepas dua tiga bulan hilang semua perasaan tadi. Lama-kelamaan sensitiviti kita dan perasaan ambil berat kita terhadap saudara-saudara mara manusia kita yang terlibat dalam perang ini mula luput sikit demi sikit. Kita mula lupa dan tak mahu ambil peduli. Kita hanya menganggap bahawa apa yang sedang berlaku di luar sana adalah sama saja seperti apa yang berlaku dalam filem-filem yang kita tonton di televisyen dan panggung-panggung wayang. Walaupun kebanyakan kita berkongsi pendapat, perasaan dan solusi keluar bagi permasalahan besar yang berlaku tapi tak ada apa yang boleh kita buat kerana kita tak bekerjasama. Kita tak merasa bimbang dengan apa yang berlaku kerana kita berada terawang-rawang berfantasi dan tak berpijak di bumi yang nyata. Semua ini berlaku kerana kejayaan Hollywood memukau kita melalui filem-filem mereka.



Perbicaraan Saddam Hussein dan Puak Syiah.

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini. Adalah tidak bagus untuk memburuk-burukkan perkara yang sudah lepas. Paling tidak bagus adalah menceritakan keburukan orang yang telah tiada. Cuma di sini saya hanya ingin menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap apa yang telah berlaku ke atas hamba Allah ini.

Kita tahu bahawa Iraq di bawah pentadbiran Saddam Hussein telah diceroboh tentera Dajjal Amerika ketika era pentadbiran George Walker Bush pada tahun 2003. Kalau anda ingat bagaimana kejamnya tentera Dajjal ini menjajah Iraq. Masjid-masjid dihancurkan, bangunan-bangunan kerajaan dibom, rumah penduduk dimusnahkan, wanita-wanita dirogol, lelaki dan remaja lelaki dipukul, tahanan penjara didera serta pelbagai kekejaman lagi yang meruntun hati kecil kita. Yang menjadi mangsa kebanyakannya adalah penduduk Muslim Sunni Iraq. Sedih. Pedih. Marah. Dendam. Itulah perasaan kita ketika itu. Tapi itu hanyalah perasaan kita sebagai umat Islam di luar Iraq saja. Di Iraq? Puak Syiah di Iraq meraikan hari pencerobohan itu sebagai tanda kebebasan. Mereka menyangka bahawa mereka sudah menang. Mereka menyangka puak mereka benar. Ajaran mereka yang sesat telah memberi petanda kemenangan kononnya.

Inilah puak paling lupa daratan pernah saya jumpa dalam kalangan keluarga besar Islam kita. Puak Syiah adalah puak yang angkuh dan sombong. Lupakan Iran dan Ahmadinejad yang terang-terangan menentang Amerika. Itu di sudut yang lain. Tapi saya menyatakan di sini dari sudut akidah dan pegangan agama. Lihat bagaimana pegangan Islam mereka? Jauh menyimpang dari agama Islam yang sebenar. Bukan semua pegangan tapi kebanyakannya. Ada dalam kalangan Syiah tak berpegang pada Sunnah Rasulullah SAW. Mereka hanya berpegang pada al-Quran saja. Sedangkan kita Sunni (Ahlus Sunnah wal Jamaah) berpegang kepada keduanya. Menolak salah satu darinya beerti menolak landasan sebenar Islam. Menolak salah satu darinya beerti menolak kewujudan dan kebenaran salah satu darinya. Al-Quran Kalam Allah SWT dan Sunnah adalah dari Rasulullah SAW. Menolak atau menafikan salah satu darinya bermakna ingkar. Dan apabila kamu ingkar maka kamu terkeluar dari senarai umat Muhammad dan umat Allah SWT.

Kalau kita mengerjakan Haji sudah tentu termasuk dalam senarai tempat yang harus kita pergi adalah Masjid Nabawi di Madinah. Kenapa? Kerana di masjid inilah bersemadinya Rasulullah SAW. Juga ditempatkan di sini adalah jasad Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq dan Sayyidina Umar al-Khattab al-Farouq. Tapi itu kita. Kalau Syiah? Mereka hanya melawat Makam Rasulullah SAW saja. Tidak makam Abu Bakr dan Umar. Sombong dan angkuhnya puak Syiah ini. Mereka siapa? Layakkah mereka kalau nak dibandingkan dengan dua Sahabat Nabi SAW tadi? Inilah contoh manusia bodoh sombong.
Bilamana kerajaan Saddam Hussein ditumbangkan bertempik gembiralah puak ini di merata-rata jalan. Kononnya kemenangan telah menyebelahi mereka. Tapi mereka tak sedar bahawa mereka telah masuk perangkap Yahudi dan Amerika. Kita tahu bahawa Saddam Hussein amat-amat memusuhi Yahudi dan Amerika. Kenapa? Kita akan bincangkan dalam tajuk selepas ini. Kekerasan pendirian Saddam Hussein terhadap dua musuh Allah SWT ini menggusarkan mereka. Lalu jalan penyelesaian adalah Saddam Hussein harus dihapuskan dari muka bumi. Tak ada manusia yang boleh menghalang cita-cita Yahudi dan Amerika untuk merajai dunia.

Maka alasan dicipta untuk menghalalkan pencerobohan Iraq pada 2003. Setelah Iraq berjaya dihancurkan maka berjayalah sudah impian musuh-musuh Allah SWT tadi. Tinggal lagi Saddam Hussein saja belum ditemui. Maka operasi seterusnya adalah mencari Saddam Hussein hingga ke dalam lubang cacing sekalipun. Pengeboman kembali menguasai bumi Iraq. Hanya kerana mencari seorang yang digelar diktator kenapa perlu menghabiskan berbilion-bilion dolar wang yang dilaburkan hanya untuk tujuan perang tersebut? Mesti ada sesuatu yang Saddam Hussein tahu tapi musuh-musuh Allah SWT ini tak mahu kita tahu. Maka setelah beberapa lama kemudian, maka Saddam Hussein ditemui. Semakin seronoklah puak Syiah ini memandangkan kemenangan pasti menjadi milik mereka tak lama lagi.

Saddam Hussein kemudian dibicarakan di Tribunal Jenayah Iraq atas pelbagai dakwaan. Yang paling awal dibicarakan adalah atas dakwaan peristiwa pembunuhan puak Syiah di Dujjail dan pembunuhan puak Kurdish dalam peristiwa yang digelar Anfal. Kita hanya diberitakan dalam berita bahawa Saddam Hussein dan pemimpin parti Ba`ath pimpinannya telah melakukan pembersihan etnik atau genosid. Tapi pernah tak kita diberitahu media kenapa sebahagian puak Syiah dan Kurdish ini dibunuh? Pernah tak kita diberitahu media berapa ramai pula puak Sunni yang dibunuh puak Syiah dan Kurdish ini? Tak pernah. Tak pernah sekalipun.

Anda semua tahu bahawa Syiah adalah majoriti penduduk di Iraq. Sunni adalah minoriti. Begitu juga minoriti puak Kurdish yang menetap di utara. Yang kita selalu diberitahu seolah-olah Saddam Hussein membenci sangat puak Syiah dan Kurdish. Mungkin betul dia seorang yang keras dalam segala keputusan berkaitan dengan puak Syiah dan Kurdish ini. Tapi pernah tak kita diberitahu pula tentang kebencian Syiah dan Kurdish terhadap puak Sunni? Yang selalu digambarkan adalah Syiah dan Kurdish yang tertindas dan Sunni yang menindas. Tapi hakikatnya Syiah dan Kurdish juga adalah penindas dan pembunuh. Berapa ramai lelaki dan perempuan dari puak Sunni yang mati dibunuh kejam puak Syiah kerana mengahwini lelaki atau perempuan dari puak mereka? Berapa banyak masjid-masjid puak Sunni yang Syiah bakar? Adakah anda hanya akan melihat kekejaman demi kekejaman yang dilakukan ke atas bangsa anda? Tak mungkin sama sekali bukan? Maka pasti berlakunya balas dendam. Tapi bila Saddam Hussein dan puak Sunni lain mengambil tindakan balas ke atas Syiah dan Kurdish maka gemparlah satu dunia mengatakan yang Saddam Hussein dan konco-konconya melakukan pembunuhan beramai-ramai. Maka bangkitlah Yahudi dan Amerika mahu membela. Kalau betul Yahudi dan Amerika mahu membela nasib Syiah dan Kurdish kenapa tindakan sama yang dikenakan ke atas Saddam Hussein tak dikenakan sama ke atas pemimpin Turki? Turki juga banyak melakukan serangan dan pembunuhan ke atas puak Kurdish ini. Sebab semua tahu Kurdish adalah puak yang tak tahu berterima kasih. Tak tahu mengenang dek untung. Mana perginya perasaan kesian dan pembelaan Yahudi dan Amerika tadi?

Saddam Hussein dibicarakan di dalam satu institusi mahkamah yang benar-benar tidak mempunyai kewibawaan. Lagi sekali kita nampak Amerika buat tak tahu. Kononnya tak mahu mengganggu kedaulatan dan demokrasi di Iraq yang baru. Mereka hanya mahu jadi pemerhati. Celakalah bagi Amerika. Celakalah bagi Amerika. Celakalah bagi Amerika. Kenapa sekarang baru mereka mahu menunjuk yang mereka menghormati kedaulatan dan demokrasi di negara orang? Apakah mereka menghormati kehendak rakyat Palestin yang memilih Hamas? Adakah mereka menghormati rakyat Venezuela yang memilih Hugo Chavez? Tak. Mereka memilih kononnya mahu menghormati kedaulatan rakyat Iraq kali ini kerana yang dibicarakan itu adalah Saddam Hussein. Musuh Yahudi dan Amerika. Kepincangan yang berlaku dalam penghakiman ke atas Saddam Hussein dibiarkan saja. Amerika buat-buat tak nampak kerana menghormati kedaulatan Iraq. Padahal anda tahu kenapa?

Selepas jatuh siapa yang memerintah Iraq baru? Puak Syiah dan Kurdish. Sunni? Tak ada dalam senarai. Selepas beberapa tahun baru puak Sunni mula diterima dalam kerajaan campuran Iraq. Itupun memegang jawatan-jawatan tidak penting. Bila seorang yang ditindas mendapat kuasa, apa yang akan dilakukan kepada penindasnya? Ya. Balas dendam. Amerika tahu puak Syiah pasti akan membalas dendam terhadap Saddam Hussein. Amerika juga mahukan yang sedemikian kerana kedua-duanya, Syiah dan Amerika punyai satu tujuan yang sama. Saddam Hussein mesti mati!

Maka perbicaraan yang berat sebelah pun bermula. Tapi apa yang berlaku? Banyak peguambela Saddam Hussein dipecat kerana tak mendapat perkenan pemimpin Syiah terutamanya Perdana Menteri baru Iraq sendiri. Bahkan empat orang dari peguambela yang membela Saddam Hussein dalam perbicaraan tersebut telah diseksa dan dibunuh puak Syiah. Hakim Tinggi pertama meletak jawatan kerana terlampau banyak campur tangan kerajaan dalam perbicaraan tersebut. Hakim Tinggi kedua yang menghakimi kes Saddam Hussein juga dipecat pejabat Perdana Menteri kerana dipercayai terlibat dengan Parti Ba’ath. Hakim ketiga kemudiannya mendapat sanjungan Amerika dan Syiah yang memerintah Iraq. Kerana apa? Kerana hakim ini amat membenci Saddam Hussein. Penghakimannya dan hakim-hakim yang membantunya terang-terangan berat sebelah. Nasib sama juga menimpa Hakim Tinggi yang membicarakan kes kedua Saddam Hussein. Hakim ini telah dipecat Perdana Menteri Nuri al-Maliki kerana dilihat bersimpati dengan Saddam Hussein. Dalam satu perbicaraan Hakim Tinggi ini telah menafikan dakwaan ramai orang ke atas diri Saddam Hussein. Saddam Hussein telah berkata bahawa dia dianggap diktator. Hakim ini kemudian mencelah dan mengatakan, “Anda bukan diktator. Anda bukan diktator. Dulu anda diktator. Tapi bukan sekarang”. Saddam Hussein kemudian mengucapkan terima kasih. Esoknya hakim ini dipecat.

Nampak tak? Adakah kerana menyatakan simpati kita ke atas seseorang yang bersaudara dengan kita adalah salah? Bila ia diharamkan dalam Islam? Sebab itu saya katakan bahawa Syiah adalah puak yang sombong bodoh. Bongkak dan lupa diri. Lihat saja bila Saddam Hussein di akhir-akhir hayatnya. Ketika Saddam Hussein mahu digantung. Sebaik saja tali gantung telah dikarungkan ke leher beliau, maka betempiklah Syiah-Syiah yang bertanggungjawab menggangtung beliau, “Muqtada! Muqtada! Muqtada!”. Anda kenal siapa Muqtada ini? Dia adalah ulama’ yang bersekongkol dengan Perdana Menteri Nuri al-Maliki yang mahukan kematian Saddam Hussein disegerakan. Di Iraq hukuman gantung tak akan dilaksanakan pada hari cuti perayaan. Tapi dalam kes Saddam Hussein tak diambil kira. Saddam Hussein telah digantung pada pagi Hari Raya Aidil Adha, 30 Disember 2006. Nampak tak apa simbolik disebalik pelaksanaan hukuman ini? Seolah-olah mereka telah melakukan korban yang paling agung sekali di hadapan Allah SWT. Saddam Hussein dijadikan korban dendam puak Syiah. Anda nak tahu lebih lanjut mengenai Muqtada? Dia juga dipanggil Muqtada al-Sadr. Ulama’ Syiah yang membunuh puak Sunni. Dia mengarahkan militia taksub dibawahnya membalas dendam ke atas puak Sunni. Maka pasar-pasar, kedai-kedai, balai polis dan hinggakan rumah Allah dibom dalam serangan berani mati yang sia-sia. Kematian mereka ini hanya ibarat mati bunuh diri. Mati kerana membunuh saudara Islam sendiri. Tapi mereka menyangka mereka adalah syuhada dan menikmati Syurga. Tak. Bahkan mereka kekal di dalam Neraka.

Maka terbalaslah sudah dendam mereka terhadap Saddam Hussein. Mereka melabel Saddam Hussein sebagai penjenayah dan pembunuh. Tapi mereka juga tak sedar mereka juga telah menjadi pembunuh. Bahkan lebih zalim dari itu. Sejahat-jahat Saddam Hussein dia tak pernah mencemarkan masjid. Tapi seorang ulama’ yang kononnya alim dalam hal ehwal agama sanggup membakar rumah Allah. Adakah ini pemimpin yang rakyat Iraq mahukan? Sezalim-zalim Saddam Hussein rakyat Iraq masih mampu ketawa dan menikmati hidup selesa. Tapi adakah keamanan yang Amerika bawa dengan penggulingan dan pembunuhan Saddam Hussein menjadikan kehidupan rakyat Iraq lebih baik? Di manakah keamanan dan kehidupan lebih baik yang Amerika janjikan? Semuanya palsu. Akhirnya rakyat Iraq juga yang rugi kerana terpedaya dengan janji-janji manis tentera Dajjal ini. Menyesal tak perlu lagi kerana tak ada gunanya sudah. Anda tanggunglah nasib anda kerana kebodohan anda sendiri.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Semoga Allah SWT bersama-sama kamu Saddam. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kamu Saddam. Kamulah wira kami. Kamulah pejuang kami. Kamulah pembela kami. Al-Fatihah kita sedekahkan untuk beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah SWT yang benar. InsyaAllah.



Perang Teluk I dan Perang Teluk II.

Masih menceritakan watak-watak yang sama. Saddam Hussein, Amerika dan Yahudi. Cuma kali ini lebih menjurus ke arah pemalsuan fakta sebenar tentang cerita sebenar disebalik perang ini. Semua tahu dan faham kenapa kononnya perang ini dilancarkan. Tapi ada cerita tersembunyi yang sengaja dirahsiakan. Kita tahu bahawa Perang Teluk I berlaku ketika era pentadbiran George Bush dan Perang Teluk II berlaku ketika era George W. Bush. Kedua-dua anak beranak inilah yang menjadi ikon yang kononnya membawa keamanan sejagat dan kestabilan yang hakiki di rantau Timur Tengah. Tapi apa yang pasti dengan bukti yang sudah dapat dilihat dengan mata kepala kita bahawa hakikat sebenar adalah sebaliknya. Arkitek sebenar kedua-dua perang ini adalah Yahudi dan dikepalai oleh Dajjal al-Masih.

Kenapa Perang Teluk I dan II dilancarkan? Perang Teluk I berlaku kerana Saddam Hussein menceroboh Kuwait. Perang Teluk II pula berlaku kerana Saddam Hussein dipercayai memiliki Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD). Itu apa yang media mereka beritahu kita. Anda masih ingat penguasaan minda? Jangan percaya apa-apa yang diberitahu media kepada anda. Seorang pemikir Barat pernah berkata, “Jangan percaya apa-apa sehingga ianya telah sah dibuktikan tidak benar!”. Jangan percaya apa yang anda lihat dan dengar dalam surat khabar dan televisyen. Minda anda sedang diarah untuk mempercayainya.

Hakikat sebenar adalah seperti berikut. Memang Perang Teluk I dilancarkan kerana Iraq menceroboh Kuwait. Saddam Hussein mendakwa Kuwait sedang mencuri hasil-mahsul petroleum negaranya. Tambahan pula Kuwait dakwa Saddam Hussein adalah sebahagian daripada wilayahnya. Amerika gelisah melihat apa yang berlaku. Lalu Saddam Hussein diberi kata dua, samada mahu berundur ataupun menerima pengajaran daripada Tentera Perikatan. Maka dipertontonkanlah kepada masyarakat dunia melalui alat-alat Dajjal (televisyen, internet dan akhbar) bahawa Amerika menginginkan diplomasi bukan tindakan ketenteraan. Dipaparkan kepada kita pegawai-pegawai Amerika sedang bermesyuarat bersama Tareq Aziz (Perdana Menteri Iraq yang juga seorang Kristian) dan pegawai-pegawai Iraq yang lain. Tareq Aziz didakwa Amerika dengan angkuh berkata bahawa Iraq tak takut dengan ancaman ketenteraan Amerika. Maka jalan penyelesaian melalui diplomasi menemui jalan buntu. Tak ada pilihan lain selain jalan ketenteraan.

Jadi pernah tak anda berfikir kenapa Amerika beriya-riya mahu mempertahankan negara kecil Kuwait ini? Kuwait bukanlah negara yang berpengaruh terhadap Amerika. Bukan juga negara yang Amerika terlalu bergantung kepentingan terhadapnya. Jadi kenapa Amerika bersungguh-sungguh mahu menjadi orang tengah dalam permasalahan ini? Berbaloikah mempertaruhkan nyawa askar-askarnya kerana perang ini? Berbaloikah membelanjakan berbilion-bilion dolar semata-mata mahu mempertahankan negara kecil ini?

Lihat balik dalam ucapan George Bush pada tahun 1991 di hadapan Kongres Amerika. “Apa yang penting sekarang adalah bukan berkenaan sebuah negara kecil (Kuwait). Ini adalah idea yang lebih besar dari itu. Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)!”. Nampak? Faham tak apa maksud Dajjal kecil ini? Maksudnya di sini adalah bukan masalah mempertahankan negara Kuwait yang Amerika perlu memberi fokus. Bukanlah tujuan sebenar Amerika mahu mempertahankan negara kecil ini. Tapi tujuan sebenarnya adalah mempertahankan sistem yang sedang mereka bina. Sistem Pemerintahan Dunia Baru. Mereka sebenarnya bukan mahu Kuwait itu dibebaskan tapi mereka mahu negara yang berkepentingan kepada sistem yang mereka bina itu untuk dipertahankan. Negara mana?

Dalam memastikan idea sistem ini berjalan lancar maka dana kewangan untuk tujuan pelaburan adalah amat-amat diperlukan. Dana kewangan ini akan dilaburkan untuk memastikan sistem yang mereka rancang ini berjalan sempurna. Mereka memerlukan dana yang besar dalam membangunkan teknologi persenjataan dan pertahanan yang berdaya tinggi. Mereka juga memerlukan dana yang besar dalam meneruskan propaganda-propaganda mereka terutamanya melalui pengawalan media-media seluruh dunia. Dana juga diperlukan bagi memastikan mereka dapat mengawal ekonomi dunia dan supaya negara-negara lain patuh dengan sistem kewangan mereka. Berapa banyak negara yang dikategorikan sebagai negara penghutang? Hampir dua pertiga negara dunia berhutang dengan IMF. Semua ini dirancang bagi memastikan negara-negara penghutang tadi akan terus patuh dan tunduk kepada Amerika. Dan secara tak langsung dipaksa untuk menerima sistem pemerintahan mereka. Negara-negara inilah hamba seumur hidup Amerika.

Negara mana yang mampu menyediakan dana yang diperlukan Amerika ini? Tak lain tak bukan adalah Negara Islam Arab Saudi! Kita tahu bahawa Arab Saudi adalah negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar dunia. Jadi emas hitam inilah yang sangat-sangat Amerika perlukan demi memastikan keterusan sistem yang mereka perjuangkan. Bukan Kuwait yang dipertahankan tapi Arab Saudi sebenarnya.

Anda tahu ke mana tentera Saddam Hussein mahu pergi setelah mengambil Kuwait? Ya. Arab Saudi. Saddam Hussein tahu Amerika sedang mempergunakan pemimpin-pemimpin Arab Saudi yang bodoh. Jadi dia mahu membebaskan bangsanya dari terus diperalatkan serta menjadi haiwan tunggangan Yahudi dan Amerika. Tapi apa yang media Dajjal beritahu kita? Bahawa Saddam Hussein adalah seorang yang sedang merangka perang nuklear yang baru. Perang yang kononnya akan mengancam keamanan dunia. Sedangkan kita tahu bahawa Iraq tak ada teknologi canggih sebegitu. Berapa ramai yang tahu ke mana hilangnya saintis-saintis Iraq ketika zaman kekuasaan Saddam Hussein? Ada yang dibunuh ejen perisikan Israel (Mosad) dan ada yang diculik dan dibawa ke Amerika. Begitu juga nasib saintis-saintis Iran. Kebanyakannya dibunuh.

Hakikat sebenar Perang Teluk I ini adalah untuk mempertahankan Arab Saudi. Di dalam satu buku ‘Confession of an Economic Hitman : the shocking inside story of how America REALLY took over the world’ karangan John Perkins mendedahkan segala kepincangan ini. John perkins memberitahu dengan terperinci tentang kisah hidupnya sebagai seorang ejen CIA. Kerjanya adalah untuk merangka kontrak kerajaan yang kelihatan amat bagus dan sempurna. tapi itu semua hanyalah bayangan di atas kertas saja. Hakikat yang sebenar adalah memastikan supaya negara yang berunding dengan Amerika sentiasa berada dalam hutang! Dan yang lebih penting adalah untuk memastikan negara itu berhutang selama-lamanya! Negara-negara inilah yang akan menjadi hamba Dajjal, Yahudi dan Amerika.

Dalam sebuah rundingan yang dirangka oleh John Perkins antara kerajaan DiRaja Arab Saudi dan kerajaan Amerika pada tahun 70`an mendedahkan bahawa Amerika telah memaksa semua pendapatan berkaitan minyak Arab Saudi haruslah dilaburkan ke dalam bank-bank Amerika. Sebagai pulangan? Sebagai pulangan perlindungan takhta kerajaan DiRaja Arab Saudi. Kerana sebab itulah mengapa operasi ketenteraan Amerika dalam Perang Teluk I ini dinamakan ‘Desert Shield (Perisai Gurun)’ yang kemudian ditukar menjadi ‘Desert Storm’. Perisai Gurun membawa makna melindungi telaga-telaga minyak di Arab Saudi. Kerana minyak-minyak ini adalah bermaksud duit Amerika. Nampak tak betapa senang umat Islam diperbodoh? Hanya kerana mahu berkuasa mereka sanggup bersekongkol dengan rancangan Dajjal ini. Sedangkan mereka tahu bahawa mereka bukanlah akan hidup selama-lamanya. Tapi kerana tamak dan cintakan dunia mereka tunduk dengan arahan Yahudi. Jadi inilah yang Saddam Hussein perjuangkan. Memperjuangkan nasib bangsanya dari terus diperbodoh. Saddam Hussein sudah belajar dari kesilapannya mengikut Amerika dalam Perang Iraq-Iran dari 1980 hingga 1988. Dia arif benar dengan segala rancangan jahat Yahudi dan Amerika.

Tapi apakah nasib Saddam Hussein bila memperjuangkan nasib bangsanya? Saddam Hussein diceritakan sebagai pembunuh dan musuh utama keamanan dunia. Memang tak dapat dinafikan kekejaman Saddam demi memastikan keberlansungan kekuasaannya. Tapi apakah Amerika tak begitu? Apakah pemimpin terkutuk Israel tak begitu? Bila dikaitkan bangsa Arab, semuanya tak elok dan tak kena. Bila bangsa Arab mempertahankan hak mereka yang dicabul, bangsa ini digambarkan sebagai bangsa yang bodoh, kepuakan dan dahagakan darah. Tapi bila Yahudi Israel mengambil tindakan sama apa yang media Dajjal tulis? Israel mempertahankan hak mereka. Apakah bangsa Arab tak ada hak mempertahankan negara mereka? Apakah bila mempertahan negara yang diceroboh kita anggap mereka sebagai pengganas? Apakah Israel bukan pengganas bila menjajah negara Palestin? Siapa pengganas yang sebenar?

Jelas di sini bahawa Yahudi dan Amerika adalah musuh kita dulu, kini dan selamanya. Mereka tak akan berniat baik dengan kita. Cuma kita umat Islam saja yang perasan begitu. Mereka hanya akan berbaik dengan kita bila ada keperluan dan kepentingan. Selepas tak mahu digunakan lagi, kita akan dihapuskan. Lihat saja nasib Shah Reza Pahlavi, Saddam Hussein, Yasser Arafat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi. Apa jadi? Akhirnya mereka-mereka ini bila sudah tersedar baru mahu ambil tahu hakikat sebenar bahawa mereka semua adalah alat Yahudi dan Amerika. Tapi sudah terlambat. Kejayaan perancangan ini adalah kerana bukan mereka bijak tapi kerana kita yang bodoh. Renung dan ambillah pengajaran.

MAKA apa yang dapat kita faham adalah bahawa semua antara kita adalah mangsa pembohongan Dajjal. Samada kita sedar ataupun tidak. Sebenarnya kita adalah antara yang menjayakan rancangan jahat mereka ini. Anda perasan tak? Bahawa kita semua adalah sebahagian daripada mereka. Sudah jelas di sini bahawa segala fakta dan cerita yang kita sering didedahkan adalah palsu belaka. Fakta yang diada-adakan demi memastikan kita masuk ke dalam perangkap jahat mereka. Fakta yang akhirnya memerangkap diri kita sendiri. Mereka berjaya memisahkan kita dari kehidupan yang sebenar. Kita hidup dikelilingi pembohongan. Semua yang kita lihat dan dengar di sekeliling kita adalah bohong. Kita semua diajak untuk mempercayai satu benda. Bahawa dunia itu realiti dan akhirat itu fantasi. Kita diajak supaya melupakan Allah SWT dalam setiap pekerjaan kita. Kita diajar bahawa kehidupan sebenar adalah kehidupan yang sedang kita jalani sekarang.

Kita dididik supaya malas berfikir. Kita diajar supaya malas mengkaji. Kita lebih suka duduk dan menyerap segala apa yang kita terima. Kita malas untuk mencari hakikat sebenar setiap perkara. Inilah yang dimahukan Yahudi. Supaya kita lalai dan leka dengan dunia. Supaya kita jauh dari Pencipta. Sehingga nanti sampai satu tahap agama dan Allah SWT akan dicabut Yahudi dari hati-hati kita. Na`uzubillahi min zalik.

InsyaAllah saya akan sambung lagi perbincangan mengenai topik pembohongan ini dalam penulisan akan datang.

Yang baik datang dari Allah SWT. Dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri selaku hamba yang tidak sempurna.  Dari Allah SWT kita datang kepada Allah SWT jua kita akan dikembalikan.

Wallahu`alam.

No comments:

Post a Comment