Mencari sahabat ibarat mencari sebutir permata di dlm jutaan kaca

Mencari sahabat ibarat mencari sebutir permata di dlm jutaan kaca

Friday, March 25, 2011

" SEJARAH SULTAN MAHMUD MANGKAT DI JULANG "

Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang bermula dengan Megat Sri Rama atau dikenali juga dengan nama Laksamana Bentan telah dihantar oleh Sultan Mahmud untuk memerangi lanun di Perairan Johor. Semasa ketiadaan Laksmana Bentan, Isterinya Dang Anum yang sarat mengandung telah meminta sepotong Nangka yang dibawa oleh Penghulu Kebun Sultan Mahmud. Nangka berkenaan adalah untuk dipersembahkan kepada Sultan Mahmud sebagai santapan baginda. Kerana kesian akan Dang Anum yang sarat mengandung, dia memberikan seulas nangka berkenaan kepada Dang Anum.

Sultan Mahmud teramat murka kerana apabila baginda hendak santap (makan) nangka berkenaan didapati telah ditebuk orang. Keadaan ini seolah-olah menghina baginda sebagai seorang Sultan diberikan santapan sisa hambanya. Selepas mengetahui hal sebenar Sultan Mahmud telah menitahkan agar Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya sebagai hukuman kerana menghina Baginda. Akhirnya, Dang Anum dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia.

Megat Seri Rama (bergelar Laksamana Bentan) yang balik dari medan peperangan di Linggi atas perintah sultan itu telah dikhabarkan kematian tragis isteri kesayangannya. Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dengan pembesar istana lainnya bersepakat untuk menghapuskan raja. Menurut adat Melayu, seseorang raja boleh diturunkan dari tahta apabila terbukti ia gila atau murtad. Mereka bersepakat dalam musyawarah yang telah diadakan secara tertutup untuk membunuh raja.

Walau bagaimanapun, ada seorang pembesar bernama Orang kaya Seri Bija Wangsa dari suku orang laut menentang komplot itu kerana tidak mahu menderhaka kepada raja. Bagi menjayakan rancangan dan menutup rahsia misi penting itu, Seri Bija Wangsa dibunuh orang dengan keris penyalang. Pembesar ini merupakan orang keutamaan suku Orang Laut (orang Riau/Lingga) yang pernah menjadi pembantu laksamana dalam perang Johor-Bugis di Linggi. Orang-orang Laut sangat marah dan berdendam atas kematian pembesar mereka itu. Manakala Megat Seri Rama mengambil tugas berat untuk menderhaka dan ketika tepat waktunya sultan dijulang jejuaknya ke masjid untuk sembahyang Jumaat (peliknya baginda masih menunaikan haknya sebagai muslim), Sewaktu Azan pertama, Laksamana Bentan menghalang perjalanan Sultan sambil melaungkan :-

"Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"
Lalu sepantas kilat Laksamana Bentan menikam Sultan Mahmud yang sedang diusung oleh pengawal-pengawal baginda untuk naik ke Masjid. Laksamana Bentan pun membunuh Sultan gila itu.

Lantas baginda melemparkan sebilah keris kearah Laksamana Bentan dan terkena kaki laksamana serta bertitah :-

"Tujuh Keturunan Laksamana Bentan Tidak Boleh Menjejak Kaki Ke Kota Tinggi dan Jika Iannya Di engkari akan Bermuntahkan Darah."

Selepas itu Sultan Mahmud pun Mangkatlah diatas usungan pengawal-pengawal baginda dan sebab itulah iannya dikenali sebagai "Sultan Mahmud Mangkat Di Julang". Ditakdirkan Allah Megat Seri Rama atau Laksamana Bentanpun kemudiannya meninggal dunia bermuntahkan darah.

Berkenaan sumpahan itu memang ada kebenarannya kerana ada seorang rakan pernah memaklumkan kepada kawan jika ada Keturunan Laksamana Bentan ke Kota Tinggi mereka akan muntah darah kalau tak muntah darahpun mereka akan batuk dan kemudiannya ada darah yang keluar sedikit. Tetapi sekarang dikatakan sumpahan itu telah tamat (putus) kerana Keturunan Laksamana Bentan yang ada waktu ini adalah generasi ke-8.

No comments:

Post a Comment